Monday, 4 May 2015

TRAIN OF TRAINER

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA - TANGGAL 4 Mei 2015, skuad Fakian Universiti Malaya yang bakal bertandang ke SMAP Bentong tidak lama lagi telah mengadakan mesyuarat bagi memberi penerangan kepada semua fasilitator berkenaan tentatif program. 'Train of Trainer' (TOT) bertujuan memberi pendedahan serta latihan kepada fasilitator berkenaan sesuatu slot yang bakal dijalankan. Mesyuarat telah diketuai oleh Biro Pengisian Syafiqah serta dibantu oleh Farhana.

Antara slot yang diberi penerangan dan tunjuk ajar sebentar tadi ialah Orrery dan penentuan arah kiblat. Orrery merupakan salah satu replika yang dibuat bagi mendapat bayangan putaran dan peredaran Bumi dan Bulan mengelilingi Matahari. Berdasarkan replika ini juga kita dapa mengetahui fasa-fasa Bulan yang terbentuk.


Orrery : Orrery in akan dipotong mengikut bentuk terlebih dahulu

Bro Kamarul Tahun 3 memberi penerangan penggunaan Orrery kepada Fasilitator

Sebahagian Fasilitator yang terlibat

Para fasilitor juga telah diberi penerangan berkenaan cara-cara bagi mendapatkan arah kiblat. Slot ini telah diberi penerangan oleh Bro Mu'az Tahun 1.

Skuad Falakian UM tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi untuk mengadakan persediaan sebelum bertandang ke SMAP Bentong selama 3 hari 2 malam. Dalam masa yang berbekal lebih kurang 4 hari persiapan ini, skuad Falakian UM bertungkus lumus membuat persediaan yang secukupnya. Komitmen daripada setiap AJK serta Fasilitator amatlah diperlukan bagi menjayakan program ini.

Setiap usaha dan kerahan tenaga ini dipohon kepada Ilahi agar diberkati serta dirahmati setiap masa dan ketika. Kami sentiasa memohon kepadaNya agar segala urusan kami dipermudahkan selalu. Amiin. Setakat ini sahaja nukilan penulis. Sekian, terima kasih. :)



No comments:

Post a Comment