Polaris UM merupakan satu program yang dijalankan oleh pelajar-pelajar jurusan Syariah Astronomi Islam Universiti Malaya di bawah subjek Jalinan Masyarakat. Program ini secara amnya ingin melahirkan generasi celik Ilmu Falak yang semakin pudar warnanya di Malaysia. Oleh itu, Polaris dijalankan di sekolah-sekolah menengah tertentu bagi membentuk satu jalinan antara masyarakat dengan Ilmu Falak. Selain itu, program ini juga dijalankan bagi melatih pelajar-pelajar Universiti Malaya sendiri dalam berorganisasi dan bermasyarakat supaya dapat melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi serba boleh untuk menghadapi cabaran mendatang pada masa hadapan. InsyaAllah.
Moga Allah pandu langkahan kami. :)
SMAP Bentong, kami datang!
8,9 & 10 Mei 2015
No comments:
Post a Comment