"Bangun pagi seawal 3.30 pagi dan terus bersiap-siap. Ekspedisi ini diketuai Abe Adam tahun 3 Astronomi Islam. Turut serta Kak Maizatul Hanani, Kak Adila, Kak Jannah, Kak Maizatul Hazwani, Kak Rahmah, Kak Ida, Abe Fahmi, dan Abe Kamarul. Eh..semua abe dengan kakak ni..haha..pendaki termuda lah saya ni. Tak ada masalah muda pon tp semangat setinggi Gunung Tok Wan. Hahaha.."
"Selepas perjalanan hampir 1 jam, kami tiba di kaki Bukit Broga. Semangat berkobar-kobar nak tawan bukit ini. Memulakan pendakian dengan Bismillahi Tawakkaltu 'ala Allah. Moga-moga selamat."
" Agak mencabar pada mulanya sebab mungkin lama sudah tidak mendaki bukit ni..hahaha..dengan keaadaan agak gelap dan berbekalkan lampu telefon bimbit sahaja. Kami redah sahaja. Kami berhenti di beberapa tempat bagi mengumpul tenaga akibat kepenatan. Selepas hampir 1 jam mendaki, akhirnya kami tiba di puncak bukit yang pertama. Yeah ! Kami berjaya. Kami tiba dalam pukul 6.15 pagi dan tidak aku sangka begitu ramai orang berada di puncak ini. Ku sangkakan sunyi ja, tapi ramai sangat. Ada yang berkhemah, tidur atas bukit dari semalam lagi. Setelah tiba di situ, kami bersiap-siap untuk solat subuh berjemaah di atas sana. Setelah selesai solat subuh berjemaah di atas puncak bukit yang pertama, kami bersiap siaga untuk mulakan aktiviti cerapan kami. Kami juga bersedia untuk merakamkan saat-saat matahari terbit di sebelah timur. Fuuhh...alangkah indahnya langit pada waktu itu. Penuh dengan bintang-bintang, planet dan bulan sabit ! Alangkah indahnya kalau langit di Universiti Malaya seperti ini..hari-hari aku mencerap..hahaha.."
Pemandangan bintang-bintang serta kawasan Semenyih dari Bukit Broga
Itu Kak Nani sebelah kiri tu. Teropong apa tu kak ooiii ?? Kelihatan Buruj Orion di bahagian bawah gambar.
Planet Venus dari puncak pertama Bukit Broga.
Comelnya awaakkk...Bulat hampir separa juga kelihatan pada pagi tu.
"Selesai sahaja menjejakkan kaki kami di puncak kedua, kami teruskan lagi hingga kepuncak ketiga, puncak yang terakhir ! Semangat dan azam yang kuat untuk menawan sehabisnya Bukit Broga ini membantu kami mencapai matlamat utama kami dan akhirnya kami seramai 10 ahli Ekspedisi Bukit Broga telah menjejakkan kaki kami di puncak tertinggi Bukit Broga setinggi 1312 kaki dari paras laut. Agak mencabar rasanya. "
"Selesai bergambar di atas puncak, kami turun semula. Tiba saat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Bukit Broga. Setelah beberapa minit kami tiba semula di kaki bukit."
Ni dia sebahagiaan ahli ekspedisi
Puncak pertama di belakang gambar Hirup Udara segar di atas puncak
Tiba di puncak pertama Bukit Broga
"Selepas itu, kami pulang dan sarapan di kedai roti canai Pak Lan. Pengalaman mendaki bukit ini amat menyeronokkan dengan keaadaan cuaca yang amat baik serta langit yang cerah. Pengalaman ini amat menarik bagi diriku dan antara pengalaman yang mengagumkan aku apabila melihat indahnya ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Jadi, yang mana satukah nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan ?"
Tibanya di puncak Bukit Broga
Kiri : Kak Ida, Kanan : Kak Rahmah
"Rasanya setakat ini sahaj perkongsiaan saya. Insyaallah di lain hari, waktu, dan ketika saya kongsikan lagi pengalaman saya. Sekian, Assalamualaikum."
Telah ku tawan puncak ketiga Bukit Broga






