Thursday, 14 May 2015

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG - Bermulanya tarikh 8 hb Mei sehingga 10 hb Mei 2015, skuad Falakian UM telah tiba di SMAP Bentong bagi menjayakan program Tahunan mereka. Sekolah ini juga dikenali sebagai SUPERB yang telah ditubuhkan pada tahun 2012. Skuad Falakian UM telah bertolak dari APIUM tepat jam 4.30 petang dan tiba di SMAP Bentong 3 jam perjalanan iaitu 7.30 malam dek kerana kesesakan lalu lintas. Kedatangan kami disambut oleh beberapa orang peserta Program Polaris ini dengan senyuman yang manis dan hati yang terbuka. Kami memunggahkan barang-barang kami dan kami ditunjukkan tempat penginapan kami di asrama. Pada malam itu, kami telah mengadakan perjumpaan dan taklimat kepada AJK dan Fasilitator dijalankan.

Program bermula dengan sesi pendaftaran para peserta dari Kelab Astronomi SMAP Bentong yang terdiri daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Peserta yang berdaftar adalah seramai 65 pelajar.






     Aktiviti pertama yang dijalankan ada sesi 'Ice Breaking' dan pembahagian kumpulan. Pelajar tersebut dipecahkan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 6 ahli serta 2 orang Fasilitator. Dalam sesi ini, para Fasilitator beramah mesra dengan ahli kumpulan masing-masing dan melantik ketua kumpulan. 

     Selesai sesi 'Ice Breaking', program diteruskan dengan permainan yang dinamakan 'Jarak Solar Sistem'. Permainan ini memberi gambaran kepada semua pelajar berkenaan jarak setiap planet yang terdapat dalam sistem suria kita daripada Matahari sehinggalah ke planet Neptune.








    Aktivit seterusnya diteruskan dengan 'Orrery' iaitu salah satu replika Bumi dan Bulan yang berputar pada paksinya dan mengelilingi Matahari. Para pelajar diberi penerangan terhadap kesan apabila BUmi dan Bulan berputar dan beredar mengelilingi Matahari. Selepas daripada 'Orrery' ini, para pelajar telah dikerah untuk bergerak ke Pusat Sumber Sekolah bagi aktiviti seterusnya iaitu 'Replika Jam Matahari'






Pada jam 1.00 tengahari, para pelajar diberi masa berehat, makan serta solat Zohor sebelum meneruskan aktiviti pada pukul 2. Pada pukul 2 petang, para pelajar telah diberi tunjuk ajar bagaimana ingin mencari arah kiblat  dalam slot 'Search Your Kiblat'. Slot ini ditunjuk ajar oleh Fasilitator Mu'az sambil dibantu oleh Fasilitator dalam kumpulan. Fasilitator dalam kumpulan memainkan peranan penting bagi memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam kumpulan. Para pelajar telah diajar mencari nilai darjah arah kiblat bagi sekolah mereka. Nilai arah kiblat bagi SMAP Bentong ialah 292 darjah. Selepas para pelajar mendapat nilai tersebut, para pelajar ditunjukkan cara penggunaan instrumen astronomi Teodolit dan Ushikata. Para pelajar diminta untuk mencari arah kiblat dengan menggunakan alat tersebut dengan nilai darjah yang telah dicari.




     Selesai slot 'Search Your Kiblat', program diteruskan dengan 'AstroFit'. Pelajar lelaki bermain bola tampar dan pelajar perempuan bermain bola air. 


     





 Pada sesi malam pula, program diteruskan lagi dengan slot 'AstroFiqh'. Dalam slot ini, para pelajar diminta untuk mereka cipta objek samawi seperti bulan, planet, meteor, taufan, hujan dan lain-lain lagi. Selepas siap merekacipta, setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di atas pentas sambil dinilai oleh juri tetap iaitu Adam, Syafiqah, dan Izzah.











      Setelah selesai slot AstroFiqh, program diteruskan lagi dengan 'Bengkel Instrumentasi Astronomi dan Peta Bintang serta cerapan langit yang disampaikan oleh Hilmi. Para peserta diajar cara-cara penggunaan peta bintang dan teleskop dengan betul. 






 Planet Zuhal yang sempat dirakamkan
Planet Musytari yang sempat dirakamkan

     Program pada hari Sabtu telah berakhir dengan aktiviti cerapan objek samawi. Para pelajar amat teruja apabila dapat melihat planet Zuhal serta Musytari pada malam tersebut.

     Pada keesokannya, aktiviti bermula seawal jam 8 pagi dengan slot bertajuk 'AstroRace'. Slot ini merupakan slot umpama 'explorace'. Setiap pelajar perlu selesaikan 'task' bagi setiap 'check point'. 





     Tepat jam 12.30 tengahari, Majlis Perasmian Penutupan POLARIS '15 telah berlangsung dengan jayanya. Ustaz Shahiruddin merupakan wakil bagi guru penasihat Kelab Astronomi SMAP Bentong serta perasmi pada Majlis Perasmian  Penutupan POLARIS '15. Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan kepada pemenang setiap kumpulan. Acara tamat dengan sesi fotografi dengan semua AJK, Fasilitator, dan para peserta POLARIS '15.

     Walaupun kunjungan kami hanya seketika di SMAP Bentong, namun perasaan sedih dan hiba dalam kalangan para AJK, Fasiitator, dan peserta amat dirasai. Ukhuwah yang terbina selama 3 hari 2 malam di SMAP Bentong diharapkan dapat dikekalkan serta diteruskan sehingga akhirnya. Sebelum berpisah, kami semua sempat bersalam-salaman dengan peserta POLARIS '15. Harapan kami semua agar SMAP Bentong mampu melahirkan generasi yang mempunyai minat yang tinggi serta ahli falak yang bersungguh-sungguh dalam bidang falak ini. Kami juga berharap ilmu yang disampaikan sepanjang program POLARIS '15 ini bukan sahaja diamalkan pada diri sendiri sahaja malah ilmu ini dapat disampaikan kepada para pelajar yang lain seterusnya masyarakat di sekitar Bentong. "Sampaikanlah tentang aku walaupun satu ayat." Begitulah perjalanan program POLARIS '15. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh AJK, Fasilitator tahun 1 hingga tahun 3 yang memberikan kerjasama yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini. Diharapakan komitment seperti ini dapat diteruskan lagi pada program POLARIS '16 akan datang tahun hadapan. Kami selaku AJK juga memohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat dalam setiap program ini. Akhir kalam, penulis juga ingin memohon maaf andai tersilap bahasa dalam setiap nukilan penulis. Mungkin terdapat kurang senang dalam nukilan penulis, penulis memohon maaf. Sekian sahaja daripada kami. Terima kasih.

POLARIS '15







No comments:

Post a Comment