Itu dia bro Syazwan a.k.a. Waned sedang memberi penerangan kepada ahli falak tahun 1
Saya Waned ! Peace !
Kami juga (tahun 1) ditunjuk ajar cara penggunaan teleskop Meade 10' daripada mula-mula memasang kaki teleskop (tripod) hingga kepada penggunaannya mencerap objek samawi yang indah.
Itu dia bro Anas sedang menunjukkan cara penggunaan teleskop Meade 10' sambil diperhatikan ahli falak tahun 1.
Tengok ape tu kakak abang ?? Oooo...tengok buruj Belantik (Orion)-'tak jelas sangat sebab pencemaran cahaya-
Teropong ape tu Waned ? Kongsi-kongsi la sikit..eh, yang belakang tu nak tumbuk sape tu? haha..nak tahu kenapa begitu, nantikan kedatangan kami di SMAP Bentong !
Itu dia siap pasang kuda-kuda lagi. Nasib baik tidak terkeluar silat gayong dekat sini. Tidak tadi habis terbalik teleskop tu di'silat'nya. Nampak apa tu ? kongsi dekat kami sikit - ammar (tahun 1)
Bercekerama di bawah bulan purnama duhai adinda~~ Eh, maaf. itu skrip filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee daaaa~ Bulan sabit yang diteropongnya. Cantik ke tidak ? Lihat tu ada kawah-kawah lagi. Sangat cantik.
PhotoCreditTo : Mu'az
Itulah serba sedikit perkongsian penulis pada kali ini. Sesungguhnya segala-gala sesuatu itu merupakan ciptaan Allah yang Esa. Daripada Allah kita diciptakan dan kepada Allah jua kita kembali. Kita bukan sahaja melihat sahaja bulan kerana semua orang boleh melihat. Tetapi lihatlah dengan mata hati kerana melihat dengan mata hati kita sedar bahawa kita ini hamba Allah yang amat kerdil dan tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan Dia yang Maha Berkuasa.
Terima kasih diucapkan kepada senior !!